Tugas Pendidik

Lelaman ini telah ku jumpai pada tahun yang lepas namun aku tergerak untuk menontonnya sekali lagi hanya untuk mendapatkan perspektif yang segar. Perspektif yang sememangnya mampu menyemarakkan lagi api semangat perjuanganku ini.

Ayuh menonton dan siapkan tisu yah!

http://www.makeadifferencemovie.com

Tugas pendidik ini sememangnya bukan sesuatu kerjaya yang mudah kerana si guru telah diamanahkan dan juga dipertanggungjawabkan ke atas proses pembelajaran dan pembentukan moral anak-anak didik mereka. Keputusanku untuk menyeru panggilan ini tidaklah aku kesali kerana melalui pengalamanku yang begitu singkat bertugas di sekolah-sekolah, aku sedar bahawa institusi sekolah itu memainkan peranan yang tiada tolak bandingnya dalam pembentukan holistik seorang individu. Dan sesebuah institusi itu akan tentunya berdepan dengan kegagalan jikalau ia tidak dihidupkan oleh guru-guru yang mampu membakar semangat anak didiknya untuk menjadi individu yang berguna kelak.

Apabila disebut tentang menjadi seorang guru Melayu, aku turut tidak terlepas dari soalan-soalan yang terlalu sering diajukan kepadaku,

Dengan nada simpati: “Oh Miss Emelda, why are you teaching Malay?”

ataupun

Dengan nada terkejut: “Oh you should be teaching English, you know!”

Yes, I know.

Wah, mereka begitu terpesona dan terpegun berjumpa dengan seorang guru pelatih yang menurut standard mereka, memiliki kefasihan dalam Bahasa Inggeris yang begitu baik. Hmm, adakah ia satu nada yang memandang-rendah akan kebolehanku atau mereka benar-benar terpegun? Mengapakah kebolehanku berdwi-bahasa menjadi sesuatu yang begitu menakjubkan padahal bukankah kau dan aku merupakan produk sistem pendidikan Singapura yang mementingkan kedua-duanya sekali? Aku tidak pernah menghadiri kelas tuisyen Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu ketika di bangku sekolah dahulu dan aku hairan mengapakah anak-anak masa ini mendapatinya begitu sukar untuk cuba berbicara dalam Bahasa Ibunda mereka sendiri? Sungguh memalukan menyedihkan! Rakan-rakanku dari tempat kerja lamaku yang berasal dari Eropah begitu fasih dalam tiga atau empat bahasa dan orang kita, dua pun sudah tercungap-cungap. Pelik bukan?

Maklumlah, bukannya salah empunya diri jikalau guru-guru Bahasa Inggeris sendiri begitu terserlah kelemahan mereka memahami konsep-konsep linguistik bahasa itu sendiri!  Sememangnya ungkapan-ungkapan mereka itu boleh sahaja aku terima dengan hati yang terbuka atau sebagai satu pujian (terkejutkah mereka berjumpa dengan generasi guru dwi-bahasa Bahasa Melayu yang baru?) namun jika direnungkan kembali, aku sering berasa kurang selesa dengan ungkapan sedemikian.

Konotasi yang boleh digarap melalui pendapat-pendapat mereka itu merupakan sesuatu yang mengganggu menarik sekali. Wajarnya, generasi guru Bahasa Melayu dewasa ini berlainan dengan golongan yang terdahulu (yang memiliki tahap pengetahuan Bahasa Melayu yang jauh lebih tinggi) tetapi jikalau masyarakat hanya lebih cenderong mengkritik menegur serta mengutuk mempersoalkan kebolehan generasi pelapis, apalah daya kami, bukan? Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Adakah kredibiliti seorang guru itu diukur melalui mata pelajaran yang diajarnya? Adakah ia menjadi suatu kelaziman bagi seorang guru berbangsa Melayu yang fasih dalam Bahasa Inggeris untuk tidak memilih untuk mengajar Bahasa Ibundanya? Apakah harus mereka berasa simpati terhadap diriku yang kononnya dianggap terpaksa mengajar Bahasa Melayu? Hmm, sememangnya ketiga-tiga soalan retorik ini memilki satu jawapan yang serupa – TIDAK. Manusia dilahirkan dengan hak untuk memilih dan aku telah memilih untuk mengajar Bahasa Ibunda tercintaku dan ini merupakan satu pilihan dan hakikinya, bukanlah satu desakan.

Aku juga ingin berkongsi video ini yang menunjukkan mengapa Singapura merupakan pilihan yang bijak untuk mendapatkan pendidikan yang bertaraf dunia. Hmm, setujukah?


About this entry