Reviu: Gemuk Girls

“Gemuk Girls are fierce! Gemuk Girls don’t shed no tears.

Gemuk Girls are flabulous. We will rule those skinny b**ches!

Gemuk Girls are you and me. And me and you.”

_______________________________________

Gemuk Girls is a bold and often darkly humorous look at family politics and the politics of the day. Kartini and Juliana are not your typical mother-daughter pair; one loud and overbearing, the other straitlaced and on the threshold of entering politics. Together, they are Gemuk Girls and proud of it. One day, they receive shocking news about Kartini’s father who had been arrested and detained in the 1960s. Suddenly the floodgates of the family’s emotional past are thrown open. Can a family survive as they struggle to reconcile the past with the present? Will Kartini and Juliana continue to be Gemuk Girls?

_______________________________

Syabas! I loved it! Secara keseluruhannya, pementasan ini telah meninggalkan kesan yang mendalam pada diriku memandangkan isu-isu telah diketengahkan dengan begitu baik dan berkesan sekali. Lakonan yang begitu meyakinkan oleh barisan pelakon teater mapan; Najib Soiman (bijaN), Aidli Mosbit dan juga Siti Khalijah, telah membawakan pengertian yang lebih mendalam bagi skrip karya Haresh Sharma. Pementasan ini begitu sarat dengan isu-isu politik kekeluargaan, politik Singapura, ISA, perkauman, agama dan juga peranan gender. Sememangnya masyarakat Melayu dewasa ini masih dalam perjalanannya ke arah yang lebih progresif namun dalam pementasan ini, ia telah diakhiri dengan satu adegan yang membuatku terfikir dan merenungkan..

Adakah mungkin suatu hari nanti, Singapura akan diterajui oleh seorang Perdana Menteri yang merupakan seorang wanita Melayu/Islam?

Mungkinkah harapan ini akan menjadi satu realiti kelak? Hmm mengapa tidak?

Aku tersenyum dan berasa berpuas-hati kerana apa yang telah diperkatakan telah dipentaskan secara begitu jujur dan tanpa perlu berselindung dan disaluti pelbagai kehalusan bahasa, seperti mana yang seringkali dilihat dalam pementasan-pementasan Melayu yang lain. Isu-isu seperti pendidikan anak-anak Melayu, jumlah anak-anak yang ramai dalam keluarga Melayu dan juga politik kekeluargaan yang begitu kompleks, telah diperkatakan secara tulus dan terpulanglah kepada audiens untuk memberikan reaksi mereka terhadapnya.

Pada akhir pementasan, terdapat satu sesi soal-jawab bersama pengasas The Necessary Stage, Alvin Tan, penulis skrip teater terkemuka, Haresh Sharma dan barisan pelakonnya. Apa yang telah menarik perhatianku adalah soalan yang telah diajukan oleh seorang wanita Melayu bertudung (ini padaku merupakan satu kepedulian kerana isu ini akan turut disentuh oleh seorang audiens berbangsa Cina) yang menanyakan kepada barisan pelakon yang ketiga-tiganya berbangsa Melayu dan beragama Islam;

(dalam Bahasa Inggeris yang agak tersekat)

“I felt very uncomfortable…the part when you all say about Malays always have many children. Can I ask..how Haresh (penulis skrip yang bukan Melayu atau Islam) know about this? Because he’s not Malay. Is it the actors who give this idea? Because our religion has reasons about this issue. It’s very sensitive.”

Hmm, apabila terdengar akan soalannya, aku terus menundukkan kepalaku kerana aku malu. Malu yang teramat sangat. Bukan, bukanlah aku malu dengan mutu penggunaan Bahasa Inggerisnya! Aku malu kerana beliau telah gagal untuk memahami objektif sebenar Haresh Sharma dan barisan pelakon dalam menyampaikan mesej melalui pementasan tersebut. Memanglah telah disebut tentang kecenderungan keluarga Melayu untuk mempunyai ramai anak, namun bukankah terdapat isu yang jauh lebih BESAR yang boleh beliau pedulikan! Kenapa audiens kita tidak bosan-bosan untuk mencari kesilapan, mencari kelemahan walhal mereka seharusnya bersikap terbuka dan merenungkan apakah sebenarnya yang boleh dimanfaatkan oleh sesebuah pementasan sebegini.

Setelah persoalan wanita Melayu tadi dijawab secara tuntas dan bernas, seorang lelaki berbangsa Cina pula telah menanyakan;

“Is there a reason why Juliana (watak anak perempuan Kartini) is half-Chinese? Her mother, Kartini..is a Malay and her father is a Chinese..and hmm just curious, why her character must be wearing the tudung when she became PM? “

Aku tersenyum. Rupa-rupanya dalam negeriku yang aman damai ini, terdapat begitu banyak isu-isu yang masih kau dan aku tidak ketahui tentang diri masing-masing. Sedih juga kerana konotasi berbilang bangsa ini masih tidak mendalam dan masih banyak yang perlu dibincangkan. Ada banyak lagi yang aku tidak tahu mengenai kau dan lebih banyak yang kau tidak tahu tentang aku! Nasib baiklah ada juga wadah teater ini, setidak-tidaknya dapat juga dibincangkan tentang isu-isu sensitif sebegini.

Aku bosan letih dengan sikap segelintir anggota masyarakat tercinta ku yang tidak leka dari mempertahankan tentang isu anak ramai yang tidak sudah-sudah ini tapi seakan-akan terlupa untuk berfikiran lebih jauh dan secara makro. Look at the macro picture people, not the micro over and over again! Bukanlah aku ini tidak berperasaan cinta bangsa atau cinta agama, namun aku tahu bahawa cara untuk menunjukkan cinta ini bukan hanya tertahluk kepada mempertahankan tradisi, fahaman dan amalan yang kuno, lapuk dan merugikan secara totalitas dan membuta-tuli.

Aku rasa sudah masanya kita menumpukan perhatian kepada isu yang lebih BESAR iaitu untuk memajukan bangsa dan melapangkan minda kepada harapan dan impian yang lebih BESAR! Aku rasa Haresh Sharma perlu diberikan penghargaan kerana telah berani mencipta skrip yang menyentuh tentang beberapa isu sensitif dan beliau sendiri telah mengakui telah merujuk kepada begitu ramai rakan-rakan Melayu/Islamnya tatkala menyiapkan skrip Gemuk Girls.

Hmm walau apa pun, sekali lagi, syabas Gemuk Girls!

Aku teringatkan kata-kata Aidli Mosbit yang sempat berkongsi tentang pemilihan nama pementasan..katanya, nama itu seperti satu parodi kepada siri drama Hollywood yang turut memaparkan duo anak dan ibu; Gilmore Girls. Happens to be one of my all-time favourite too..Lorelai and Rory Gilmore!  =)

Advertisements

About this entry