Wanita, Anak Kucing & Motif Ular

Sungguh menarik dan provokatif!

Pensyarah telah menggunakan beberapa pendekatan yang aku rasakan amat menarik pada hari ini dan mampu dipraktikkan ke dalam bilik darjah kelak! Beliau telah memulakan perbincangan dengan menunjukkan video oleh Harry Enfield, seorang pelakon, pelawak, penulis dan pengarah berbangsa Inggeris. Dengan menggunakan humor sebagai wadah, video-video tersebut sungguh berjaya memaparkan beberapa stereotaip tentang kaum wanita yang mampu mencerminkan penindasan patriakal terhadap kaum wanita di Britain (dulu dan kini?).

Biarkan sahaja status quo itu berkekalan, oh kaum wanitaku, cukuplah sahaja kau dan aku mengetahui tentang “little kittens” dan “embroidery” ! Haha!

“I do love little kittens..they are so soft and furry..”

Yang begitu mencuit hatiku adalah bahagian di meja makan malam di mana seorang isteri yang memberikan pandangannya berkenaan keadaan ekonomi dengan begitu bernas sekali diinterpretasikan sebagai perbuatan sumbang yang menimbulkan kemarahan suaminya! Perbuatannya yang menunjukkan daya inteleknya itu amat tidak disenangi oleh kaum wanita dan lelaki semejanya! Dan tidak melupakan, bahagian yang menunjukkan gambaran sekumpulan wanita yang berpengetahuan dipaparkan sebagai sekumpulan wanita yang gila! Sungguh melucukan! Tetapi ada kebenarannya, bukan?

 

Dalam keseronokan bergelak ketawa, ia merupakan satu saluran yang begitu berkesan mencerminkan dominasi dan supremasi yang masih berleluasa dalam masyarakat dewasa ini.

“Women, know your limits.

Let your thoughts be plain and simple.

Let your natural sweetness shine through.”

 

_________________________________________

Kemudiannya, pensyarah memperkenalkan penulisan puisi visual oleh Pedro Xisto yang sememangnya menarik kerana beliau berkarya dengan menggunakan bentuk yang secara tersendirinya memberikan makna terhadap puisi itu tersendiri. Menurut bacaan dan kajian yang telah aku jalankan, sebenarnya pembaca harus melihat dan memberikan tumpuan khusus kepada nilai semantik yang terdapat pada setiap abjad.

Dalam Bahasa Latin, huruf “S” merujuk kepada perkataan “Serpens”, huruf “h” merujuk kepada perkataan “homo” dan huruf “e” pula merujuk kepada perkataan “eve”. Aku sememangnya bersetuju dengan apa yang dikemukakan oleh pensyarah bahawa puisi Xisto ini menekankan kepada tema arketaip Adam, Hawa dan Syaitan di mana kombinasi ketiga-tiga ini akan membawa kepada kebinasaan dan kemusnahan. 

Ini turut mengingatkan aku kepada doktrin agama Katolik yang menyatakan tentang “The Fall of Man” yang terjadi apabila Adam dan Hawa telah termakan buah larangan dan telah diusir daripada syurga untuk turun ke bumi. Ini dipanggil “Original Sin” kerana ia merupakan kesalahan pertama yang telah dilakukan oleh manusia, dan semestinya, ia telah disebabkan oleh Hawa yang telah tertipu oleh seekor ular. Dan huruf “S” dalam puisi Xisto turut memperingatkan aku kepada motif seekor ular yang membelit, menipu dan menyesatkan. Tetapi, harus diingatkan bahawa simbol ular itu juga boleh melambangkan kekuasaan dan dominasi dan juga kesuburan.

Menarik sekali, aku pula teringat bahawa sejarah turut telah menunjukkan bahawa motif ular ini kerapkali dilihat sebagai mendampingi wanita seperti;

  • Medusa (kepalanya yang penuh dengan ular-ular berbisa!)
  • Renenutet (dewi purba Mesir yang selalu kelihatan seperti ular senduk)
  • Dewi Ular kaum Minoan (yang memegang ular senduk di kedua-dua tangannya)
  • Coatlicue (dewi kaum Aztec (tugu dimana mukanya menunjukkan dua ekor ular senduk yang saling berpandangan dan yang memakai skirt yang diperbuat oleh ular-ular!) 

Ular. Anak kucing. Wanita.

Advertisements

About this entry