Kritikan Sutun

“One is not born a woman, one becomes one.”

Simone de Beauvoir

 

ACF 321

Menonton Sutun melalui Lensa Kritikal

 

Soalan 1: Jikalau anda pernah menonton filem ini, cuba ingat kembali perasaan dan fikiran yang terlintas semasa menonton filem buat pertama kalinya. Bagaimanakah pengalaman menonton kali ini berbeza dengan kali pertama? Apakah perkara-perkara yang anda perasan kali ini yang tidak anda perasan sebelumnya? Apakah yang anda anggap penting dalam tayangan filem kali ini yang mungkin anda tidak faham dalam tontonan sebelumnya?

 

Aku telah menonton telefilem ini pada tahun 2005 ataupun 2006 dan perasaan serta fikiran pertama yang terlintas adalah satu adunan kesedihan dan keprihatinan. Sungguh menyedihkan dan menyentuh jiwa untuk melihat pergolakan identiti dan dipinggir oleh masyarakat dan keluarga pada usia remaja. Kali ini apabila menontonnya kembali, ia seakan-akan dejavu kerana apa jua yang pernah ku rasai ketika itu berulang kembali. Jelasnya, ia serupa dengan pengalaman pertamaku menontonnya pada beberapa tahun yang lepas.

____________________________

 

Soalan 2: Jikalau anda belum pernah menonton filem ini, apakah isu-isu atau perkara  yang menarik perhatian anda dalam filem ini. Adakah perkara dalam filem ini  yang tidak anda fahami dengan baik? Adakah anda merasakan jika anda menonton filem ini buat kali kedua dan seterusnya, anda akan faham hal-hal ini dengan lebih baik? 

 

 

 

 

____________________________

 

 

 

Soalan 3: Bincangkan bagaimana watak-watak, plot, konflik atau tema dalam Sutun dapat dilihat dari sudut salah satu teori sastera yang anda pilih.  

 

Dengan menggunakan pendekatan Teori Kritikan Feminisme, akan dikupas tema dalam telefilem tersebut iaitu identiti. Identiti sebagai seorang perempuan menjadi persoalan kerana apabila ia dijuktaposisikan dengan identiti seorang lelaki, muncullah konflik dalam sesebuah masyarakat tertentu.

 

Toril Moi telah melakar dasar-dasar elemen yang membentuk identiti seorang wanita dan identitinya dan tiga elemen dasar tersebut adalah;

  1. Wanita (“Female” ataupun “Femaleness”) – produk biologikal atau aspek fizikal
  2. Kewanitaan (“Femaleness” ataupun “Feminity) – gabungan nilai-nilai budaya dan kehendak sesebuah masyarakat tentang apa yang dianggap sebagai wanita atau sebaliknya
  3. Feminis (“Feminist”) – individu yang memiliki isu dan kedudukan politikal yang menolak segala penindasan kaum patriakal dan supremasi lelaki

Dalam telefilem ini, watak Sutun telah dilahirkan sebagai seorang lelaki namun oleh kerana faktor-faktor luaran seperti pendekatan mengasuh ibunya, Sutun telah memiliki unsur-unsur kewanitaan yang kemudiannya menjadi satu yang ditolak oleh masyarakatnya. Konflik telah wujud antara elemen Wanita dan Kewanitaan kerana Sutun secara fizikalnya seorang anak lelaki jati, namun Kewanitaan nya begitu terserlah dek asuhan, conditioning dan pendedahan yang diterimanya. Masyarakat meminggirnya kerana nilai-nilai dan ideologi masyarakat tergugat melihat tingkah-lakunya yang persis (dan melampaui) seorang wanita tulen! Percanggahan ideologi, nilai dan moral inilah yang menjadikan telefilem ini begitu berkesan sekali.

 

Watak ibu Sutun merupakan satu contoh terbaik yang mampu dijelaskan melalui teori Nancy Chodorow dalam eseinya, “The Fantasy of the Perfect Mother”, mengatakan tentang dwi-peranan seorang ibu iaitu “Blame and Idealization”. Ibunya sebenarnya telah menjalankan tugasnya dengan baik kerana Sutun adalah seorang anak yang patuh, bersopan-santun dan cemerlang di sekolah. Namun oleh kerana Sutun menjadikan ibunya sebagai ikon kewanitaannya, Sutun turut terikut menjadi persis seorang wanita. Idealization si anak ini bertukar sebagai blame oleh masyarakat yang mempersalahkannya.

 

Ayah Sutun merupakan watak antagonist yang berkesan memandangkan beliau seorang epitomi seorang lelaki. Tugasnya yang lepas sebagai seorang askar merupakan satu cerminan patriakal dan supremasi lelaki yang mempertahankan serta  menjadi ketua kepada askar-askar yang lain. Tugas ini turut dijalankan di ruang domestiknya, di mana beliau, selaku ketua keluarga, jijik melihat anak lelakinya berkelakuan bertentangan dengannya sama sekali! Stereotaip masyarakat tentang penggunaan warna bagi perlambangan gender telah menjadi satu dorongan yang kuat baginya untuk memukul anaknya sendiri dengan begitu kejam. Watak Sutun yang gemar akan warna merah jambu (simbol universal kewanitaan) telah menjadikannya bahan ejekan orang-orang kampung dan memalukan watak patriakal yang kemudiannya terasa dihina.

 

Watak seorang lagi anak kampung yang telah menjadi seorang pondan turut harus dipersoalkan dari lensa kritikan feminisme. Beliau telah menipu ibunya sendiri tentang pekerjaannya sebagai seorang pegawai polis, sedangkan beliau sebenarnya memperdagangkan tubuhnya setiap malam. Pertama sekali, kumpulan pondan ini seringkali hanya mampu mencari rezeki melalui aspek hiburan ataupun aspek seksual. Pelacuran menjadi satu-satunya cara bagi kebanyakan golongan ini kerana masyarakat tidak menerima mereka untuk menjalankan tugas-tugas yang sah. Penolakan totalitas masyarakat terhadap golongan ini telah menyebabkan mereka untuk melacurkan diri demi mencari sesuap nasi mahupun kesenorokan semata-mata.

 

Isu gay turut dipersoalkan kerana adalah tidak normal dan menentang konvensi bagi seorang lelaki tulen (watak Shuk) untuk rapat dengan watak lembut seperti Sutun. Masyarakat dengan begitu mudah membuat andaian dan ahli agama turut juga diperli kerana hanya tahu menghukum sahaja, tanpa menjalankan tugas untuk cuba memahami dan mengubah cara mereka membantu golongan ini. 

 

 

Soalan 4: Baca bahan yang diberikan tentang Teori-teori Sastera. Pilih dua teori yang anda fikirkan paling berguna atau membantu dalam menerangkan filem yang anda tontoni.

 

Teori Feminisme dan Teori Psikoanalisis.

 

Fikir kembali tentang filem ini berdasarkan setiap teori yang telah anda pilih untuk soalan 4. Sebagai contoh, jika anda pilih Kritikan Feminis, anda mungkin ingin perkatakan tentang watak Adik dalam filem ini atau menilai stereotaip yang dipaparkan tentang gender dalam filem ini dari perspektif feminis.

 

Dengan menggunakan Teori Kritikan Psikoanalisis, berdasarkan teori-teori psikoanalitik Freud, gender bukanlah merupakan produk biologikal tetapi merupakan produk perkembangan psikoseksual seorang individu. Teori-teori ini mempercayai bahawa keadaan gender/identiti seseorang berdasarkan pengalaman fasa kanak-kanaknya yang menyebabkan seorang lelaki itu berperanan maskulin dan seorang wanita itu berperanan feminin.

 

Watak Sutun telah dibesarkan dengan nuansa-nuansa feminin di mana ibunya telah menganggap serta menjaganya seperti menjaga seorang anak perempuan. Langkah seperti penggunaan pakaian perempuan, benda-benda yang berwarna merah jambu, mengidolakan penyanyi serta selebriti wanita dll telah menyebabkan satu skemata kewanitaan yang wujud di psikologi Sutun. Persoalan gender turut dikupas kerana terdapat beberapa kali watak Sutun mengatakan bahawa dia tidak meminta lahir di dunia sebagai seorang lelaki yang berperwatakan lembut. Namun, benarkah bahawa dia tidak memilki pilihan untuk menentukan gendernya? Berdasarkan teori Kinsey, ia mampu dibuktikan bahawa watak Sutun mungkin dapat diklasifikasikan dalam skala 3-6 kerana beliau sedar bahawa beliau adalah seorang anak lelaki dan sedar akan keterbatasan yang terdapat dalam sudut agamanya. Namun, kadangkala konflik dalaman berlaku apabila beliau berhadapan dengan watak Shuk dan skala ini mungkin akan melonjak kepada skala 6 atau 7. Namun, aku rasa penandaan skala ini tidaklah secara automatiknya menjadikan seseorang itu seorang lesbian ataupun gay kerana kadangkala seperti situasi Sutun, tarikan yang terdapat pada Syuk bukanlah 100% tertahluk kepada tarikan seksual. Sutun berasa begitu gembira bersamanya kerana beliau sememangnya tidak pernah mempunyai seorang rakan karib yang berjantina lelaki dan inilah mungkin yang disalah-ertikan sebagai tarikan homoseksual.

 

According to Alfred Kinsey’s research into human sexuality in the mid-20th century, many humans do not fall exclusively into heterosexual or homosexual classifications but somewhere between. The Kinsey Scale measures sexual attraction and behaviour on a seven-point scale ranging from 0 (exclusively heterosexual) to 6 (exclusively homosexual). According to Kinsey’s study, a substantial number of people fall within the range of 1 to 5 (between heterosexual and homosexual). Although Kinsey’s methodology has been criticized, the scale is still widely used in describing the continuum of human sexuality.”

____________________________

Advertisements

About this entry