Histeria atau Hersteria

HERSTERIA?

Sebelum memulakan perbincangan tentang isu histeria, aku tergerak membincangkan ia setelah melihat iklan bagi rancangan “Desperate Housewives”. Bukan, aku tidak ingin mempersoalkan tentang watak-watak neurotiknya yang sering mendedahkan tubuh sepanjang masa sahaja. Objektifikasi dan stereotaip sedemikian sudah lelah ku fikirkan. Pada hari ini, aku ingin membincangkan tentang nama tempat kediaman wanita-wanita tersebut.

Nama lokasi di mana watak-watak rancangan tersebut menetap adalah di Wisteria Lane. Menarik bukan pemilihan leksikon ini.

Hmm Wisteria….Histeria….

Hanya kebetulan? Sememangnya tidak.

____________________________________

Utusan Malaysia Online (9 Oktober 2008):

Pada 25 Julai lalu, Mingguan Malaysia mendedahkan peristiwa misteri yang menyelubungi SMK Tanjung Lumpur apabila sebilangan pelajar perempuannya diserang histeria hampir setiap hari sejak Mei lalu terutama menjelang tengah hari.

Pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk mengadakan sembahyang hajat, bacaan yasin serta menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional untuk memulihkan semangat pelajar yang diserang histeria.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz menjelaskan, masalah histeria di SMK Tanjung Lumpur telah selesai sepenuhnya ekoran tiada pelajar dilaporkan mengalami gangguan itu sejak tiga minggu lalu dan beliau yakin 168 pelajar sekolah tersebut akan dapat menduduki peperiksaan PMR dengan tenang pada tahun ini.

________________________________________

Kebelakangan ini, terdapat beberapa kes yang muncul di media massa tentang pelajar-pelajar perempuan di negera jiran yang mengalami histeria tatkala berada di sekolah. Sudah mungkin ini menimbulkan banyak persoalan dan perdebatan yang cuba memberikan penjelasan atas mengapakah ini berlaku. Ada yang berpendapat bahawa terdapat unsur-unsur ghaib/mistikal yang telah mengganggu mereka, ada yang menjelaskan dengan menggunakan fakta-fakta logik/saintifik/psikologikal dan ada juga yang hingga ke saat ini masih ragu-ragu tentang apakah yang sebenarnya telah mengakibatkan kesemua ini (termasuk diriku sendiri).

Sebenarnya, sejarah telah menunjukkan bahawa ini bukanlah sesuatu kejadian yang baru. Dan sememangnya, kondisi ini seringkali dikaitkan dengan kaum wanita sahaja. Menurut lelaman Wikipedia,

Female hysteria was a once-common medical diagnosis, made exclusively in women, which is today no longer recognized by modern medical authorities as a medical disorder. Its diagnosis and treatment was routine for many hundreds of years in Western Europe.

Hysteria was widely discussed in the medical literature of the Victorian era. Women considered to be suffering from it exhibited a wide array of  symptoms including faintness, nervousness, insomnia, fluid retention, heaviness in abdomen, muscle spasm, shortness of breath, irritability, loss of appetite for food or sex, and “a tendency to cause trouble”.

Since ancient times women considered to be suffering from hysteria would sometimes undergo “pelvic massage” — manual stimulation of the anterior wall of the vagina by the doctor until the patient experienced “hysterical paroxysm”. This deep psycho-emotional release is today referred to as the “g-spot” or ‘female’ orgasm, qualitatively different from ordinary genital (clitoral) orgasm.

________________________________________

Ini juga telah dibincangkan dengan begitu terperinci oleh Freud kerana beliau telah memulakan kerjayanya sebagai seorang doktor di Rumah Sakit Umum Vienna (di Austria) dan menjalankan tugasnya dalam aspek penyakit-penyakit saraf. Kebanyakan pesakit awalnya adalah wanita-wanita Vienna yang menderita gangguan kejiwaan yang kemudiannya disebut sebagai histeria.

Di bawah bimbingan Charcot, seorang ahli saraf Perancis, mereka telah menggunakan teknik hipnotisme untuk merawat pesakit-pesakit histeria. Histeria kebanyakannya dideritai oleh wanita yang memiliki kegilaan misteri, kehilangan kemampuan berbicara atau kehilangan sensasi dalam beberapa wilayah tubuh, namun ia bukanlah diakibatkan oleh kelemahan atau luka pada saraf mereka itu.

Secara etimologis, kata “histeria” itu berhubungan dengan penjelasan kuno mengenai beberapa gejala gangguan rahim dan sekarang kata ini umumnya dimaknai sebagai kondisi emosi yang tidak rasional. Tentu sahaja, terdapat banyak pendapat yang mengatakan bahawa kes-kes ini dialami oleh wanita-wanita borjuis akhir abad kesembilan belas di mana situasi masyarakat patriakalnya begitu menindas dan menekankan kaum wanita.

Seorang ahli perubatan telah mengatakan pada tahun 1859 bahawa kesemua wanita sebenarnya mengalami histeria dan beliau telah menyediakan tulisan sepanjang 75 halaman yang menyenaraikan pelbagai simtom bagi penyakit ini sehinggakan, sebarang sedikit sahaja yang dialami oleh seorang wanita akan dapat dikatakan sebagai histeria. Sungguh menggelakkan, bukan! Begitu mudah untuk memberikan diagnosis histeria, bukan!

Yang lebih menakjubkan lagi, pakar perubatan pada zaman itu (tentunya para doktor lelaki) bersependapat bahawa cara terbaik merawat histeria ini adalah dengan menggunakan alat “vibrator” yang mampu menenangkan si pesakit itu. Sememangnya, dalam kehidupan konteks dewasa ini, alat tersebut merupakan satu taboo dan selalunya dikaitkan sebagai alat seksual yang jauh sekali dipandang sebagai alat perubatan! Namun pada awal abad ke dua-puluh, gedung Amerika Syarikat yang terkenal, Sears, seringkali mengiklankan alat “vibrator” bersama-sama dengan kipas elektronik dan mesin menjahit dan kononnya setiap wanita haruslah memiliknya!

Cuba bayangkan, jika situasi yang sama terjadi di Singapura. Satu iklan yang menayangkan peti sejuk terbaru, alat menjahit terbaru dan set perabot terbaru dan juga alat “vibrator” yang terbaru. Porak-peranda lah jawapannya! Haha!

Hmm, semestinya, konteks ini tidak akan mungkin terjadi pada masyarakat Melayu/Singapura yang masih bisu berhadapan dengan isu seksualiti wanita ini. Akhirnya, sesuatu yang milik mutlaknya orang wanita.

H i s t e r i a

Advertisements

About this entry