Aku Si Lajang Parasit

Kuliah sastera yang sememangnya menarik.

Istilah yang telah dikemukan oleh penulis dan feminis Ayu Utami sememangly telah membuatku tersenyum dan tergelak sedikit. Sebelum ku teruskan, marilah kita mengetahui serba sedikit tentangnya.

__________________________________

Lelaman Pertama: http://www.ukzn.ac.za/cca/images/tow/TOW2006/bios/Utami.htm

Dari lelaman Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Ayu_Utami

Ayu Utami is a leading voice among the new generation of Indonesian artists and writers emerging after the fall of Suharto. Utami was born in Bogor and grew up in the Indonesian capital, Jakarta. She obtained her Bachelor degree from the University of Indonesia, where she studied Russian language and literature. During her college years she had already begun publishing reports and essays in various newspapers. In 1990, she was selected as a finalist in Wajah Femina, a beauty pageant in Indonesia. However, she did not pursue a modeling career due to her dislike of cosmetics and make-up. She has been a journalist for various Indonesian magazines, including Humor, Matra, Forum Keadilan, and D&R. Shortly after Suharto banned three magazines in 1994 (Tempo, Editor, and Detik) during the New Order era, Ayu joined Aliansi Jurnalis Independen (Independent Journalist Alliance) in protesting the ban.[1] She continued her journalistic work underground, which included the anonymous publication of a black book on corruption in the Suharto regime.

Utami’s first novel, Saman, appeared in 1998, only a few weeks before the fall of Suharto, helping to signal the changing cultural and political landscape in Indonesia. The novel won the Jakarta Arts Council’s first prize that year and caused a sensation, and controversy, among Indonesian artists and intellectuals. [2] It was acclaimed by many reviews and was considered as a new milestone in Indonesian literature. Saman also won the Prince Claus Award from Prince Claus Fund. “Saman” has sold over 100,000 copies and been reprinted 34 times.[3]The sequel to Saman, Larung was published in 2001.[4].

Ayu Utami currently works for Radio 68H, an independent news radio station that is broadcast all over the country as well as a writer for the cultural journal Kalam and in Teater Utan Kayu in Jakarta. Her new play and book protesting anti-pornography legislation, Pengadilan Susila (Susila’s Trial) appeared in 2008.

_________________________________________

Hmm, berdasarkan ciri-ciri yang dikatakan beliau, aku juga boleh dikatakan lajang parasit. Berkarier, masih belum berjumpa dengan seorang lelaki yang wajar dianggap istimewa, masih menetap bersama ibu-bapa (secara percuma!) dan masih mengharapkan belas kasihan mereka atas dasar ekonomi. Parasit, bukan? Sungguh tajam istilah ini. Dan aku menyukainya! 

Adakah isu wanita yang masih tidak berkahwin sesuatu yang harus menjadi kepedulian masyarakat Melayu kita? TIdak adakah isu lain yang lebih genting untuk dipersoalkan? TIdak usahlah merisaukan aku. Tidak usahlah memberikan ku simpati mu yang tidak berharga itu. Aku tidak memerlukannya. Aku di sini gembira sahaja. Kau nyatakan sahaja; Paris? Rome? London? Zurich? Berlin? Melbourne? Perth? New Delhi? Dubai? Semuanya sudah ku lawati dengan wang ku sendiri. Jadi, simpati mu itu, salurkan sahaja kepada dirimu oh Sang Lelaki Melayu. Oh ya, perlukah aku meminjamkan wang kepadamu untuk ke kursus mempertingkatkan kepercayaan diri? Haha!

Bukan, aku bukan pembenci lelaki. Terdapat ramai lelaki dalam kehidupanku yang memangnya aku cintai sepenuh ragaku. Aku cuma membenci kepada ketidakadilan dan kepedulian yang tidak berasas.

Hmm setakat hendak berkahwin itu sememangnya menjadi satu kehendak alam manusia secara semulajadi, tetapi bukan kita mempersendakan kesucian institusi ini jika wanita itu sekadar berkahwin, bercerai, berkahwin, bercerai?

Aku percaya akan cinta. Tetapi cinta itu haruslah cinta yang sempurna buatku dan aku tidak akan gembira dengan cinta yang sub-standard. Kalau sudah ditakdirkan aku lajang, lajang lah hendaknya. Hehe! Jangan gusar buatku! Tuhan Maha Mengetahui, bukan?

Tapi entahlah, aku cukup berkenan dengan “self-depricating humour” beliau kerana aku pasti terdapat makna yang tersirat pada tulisannya itu. Beliau menolak dan menentang konvensi-konvensi dan ketetapan buta masyarakat patriakal yang membentuk epitome wanita sempurna sebagai yang seharusnya lulus kesemua ketentuan-ketentuannya. Mestilah pandai pakar dalam kesemua hal-perihal mengurus rumahtangga, mestilah seksi rupawan, mestilah bijak (tetapi usahlah lebih bijak dari si lelaki) dan mestilah membenarkan lelaki itu berpoligami bebas mengekalkan kebebasannya.

Penat dan lelah rasanya aku membincangkan tentang isu-isu feminisme ini kerana sudah sebulan ku jalankan bacaan dan rujukan yang tidak putus-putus tentang topik feminisme ini. Semakin lama, aku rasa ia seakan-akan satu perjuangan yang tidak akan kemana-mana. Yang dipersoalkan masih juga menjadi persoalan. Wanita tetap wanita dan lelaki tetap lelaki.

Selamat menyambut Hari Raya kepada semua!

Advertisements

About this entry