Keibuan & Feminisme

Sekadar ingin berkongsi..

____________________________________________________________

An English professor wrote the words “woman without her man is a savage” on the blackboard and directed his students to punctuate it correctly.

The men wrote:

“Woman, without her man, is a savage.”

The women wrote:

“Woman: Without her, man is a savage.”

____________________________________________________________

 

 

Mungkin terdapat perselisihan konsep yang terdapat pada beberapa teman seperjuanganku mengenai isu keibuan dan gerakan feminisme. Apa yang aku ingin ketengahkan menerusi teori Chodorow bukanlah untuk mengkritik insitutusi keibuan itu sendiri (bahawasanya ibu-ibu yang baik tidak boleh berpegang pada pemikiran feminis), tetapi hanya untuk menjelaskan bahawa satu perspektif yang berbeza wujud tentang hubungan antara feminisme, keibuan dan juga sistem patriakal. Dan telah ku tukil kata-kata Virginia Woolf yang menungkapkan bahawa bagi wanita yang tidak mempunyai anak, kedatangan menopaus itu bak satu kematian. Setujukah?

Padaku, memanglah benar. Kata-katanya itu dengan sendirinya mampu membuktikan dengan begitu tepat sentimen wanita-wanita (terutama sekali dalam masyarakat Asia) yang memandang peranan ibu itu sebagai tunggak sosial yang superior. Entahlah, bukan aku ingin membantah. Bukan! Cuma ingin mempersoalkan.

Oh yah, berbekalkan apa yang telah dibaca selama dua minggu ini, cerpen ‘Dua Wanita’ karya Lan Fang akan ku kupas dengan lebih mendalam minggu depan. Nantikanlah.

Advertisements

About this entry