Dunia Baharu Yang Gagah

Kajian bagi tugasan Wikipedia telah menjumpakan aku dan sahabatku kepada beberapa artikel, esei dan analisa yang adanya agak kontroversial, mencabar/mengubah persepsi dan tidak kurang pula yang agak berbaur subjektif.

Namun terdapat juga beberapa esei dan penulisan baik yang harus disebut di sini kerana fakta dan gagasan yang diketengahkan berjaya memancarkan cahaya perspektif baru kepada generasi muda seperti kami berdua. Ingin ku tukil kata-kata Omar Mohd. Hashim dalam eseinya yang bertajuk “Cerpen Melayu Moden Selepas Perang”.

____________________________________________________________________________________________

Perang selalunya membawa kecelakaan dan penderitaan tetapi sebaliknya bersama-sama itu ada juga membawa hasil yang bermanfaat. Perang “Asia Timur Raya” (1941-1945) pun tidak terkecuali, sungguhpun manfaat-manfaat yang dibawanya itu kebanyakannya secara tidak langsung.

Perang Jepun menandakan detik kebangkitan umat Asia menentang Penjajahan. Kehilangan “status quo” politik dan ekonomi kuasa-kuasa Inggeris, Belanda dan Perancis membawa gempa batin yang hebat dan besar. Dan ini menimbulkan kesedaran yang menggegarkan manusia yang dibelenggu penjajahan, kesedaran akan martabat mereka sebagai manusia dan kedudukan mereka di tengah-tengah Dunia Baharu Yang Gagah (Brave New World).

Kesedaran ini memberi daya mengumpul kembali tenaga-tenaga perpaduan dan keutuhan masyarakat. Maka timbullah perasaan kebangsaan yang sengit di daerah-daerah tanah jajahan, termasuk Indonesia dan Malaya. Dan ini membawa erti yang besar dalam alam penciptaan – tegasnya di sini kesusasteraan. 

_________________________________________________________________________________________

Bagiku, perasaan nasionalistik yang meluap-luap itu akan sememangnya melahirkan persoalan-persoalan yang mengkehendaki penyelesaian atau pertimbangan dan ini sekaligus, ia mencetuskan inspirasi kepada pujangga-pujangga untuk berkarya dan terlihatlah pertumbuhan bahasa dan sastera yang begitu mengkagumkan!

Menurut bacaanku juga, pada masa pendudukan Jepun juga, masih terdapat penerbitan karya yang patut dibanggakan dan tidak dilupakan. Jaring sensor pada masa itu bersifat kuku besi dan kemandulan penghasilan sastera telah kembali normal selepas masa darurat dan perang.

Dan seperti yang diungkapkan oleh Ishak Haji Muhammad dengan begitu tepat;

“Dunia tetap berubah. Banyak perkara sudah berubah. Berbagai perubahan lagi akan tiba hinggakan cara orang-orang Melayu berfikir juga sudah berubah.”

Bercakap tentang perubahan, ayuh lihat video lucu ini! Hmm, betulkah masyarakat kita sudahpun mengalami perubahan yang bersifat progresif?

Advertisements

About this entry