Cherpen

Buku Bacaan Ku : Cherpen Zaman Jepun – Satu Kajian

Karya : Arena Wati

Penerbitan : Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1968

Tugasan Wikipedia telah akhirnya mula bertapak hari ini dan aku berasa sangat berpuas-hati dengan apa yang telah kami kecapi pada hari yang sungguh produktif ini. Topik yang telah diberikan pada pandang pertamanya, nampak mudah namun setelah membaca, mengupas dan meneliti pertumbuhan penulisan cerpen di Nusantara, aku terpegun dengan pelbagai fitur-fitur cerpen yang sebelum ini tidak pernah ku ketahui! Untuk mengetengahkan fakta-fakta juga harus dilakukan dengan cermat kerana terdapat begitu banyak peraturan akan cara-cara menyampaikan data melalui Wikipedia. Ianya tidaklah boleh berunsur subjektif dan tidak juga boleh wujud hanya sebagai satu direktori semata-mata.

Waduh..sememangnya tugas yang memeningkan kepala mencabar.

Namun, pada setiap yang perit, pasti ada penawarnya! Penawar bagiku adalah buku “istimewa” yang telah dijumpai yang berjudul “Cherpen Zaman Jepun – Satu Kajian” tulisan Arena Wati. Bukunya kecil, berwarna merah dan hitam dan berilustrasikan seorang askar Jepun yang berbaring (posisi hendak menyerang lawan!) memegang bendera kebanggaan. Sudah agak kuning dimamah masa tetapi keadaan buku ini masih sangat baik dan menurut tulisan di halaman keduanya, ia rupa-rupanya milik Cikgu Ariff Ahmad. Aku begitu kagum dengan sifatnya yang sangat pemurah, berkongsi koleksi peribadinya demi santapan intelektual generasi yang akan mendatang.

Membaca buku ini sememangnya telah membawaku ke dunia yang berbeza. Aku seakan-akan terbawa ke zaman penulisan/percetakan buku ini pada tahun1968. Suasana hening di Perpustakaan Negara telah menambahkan lagi kekhusyukan ku membelek buku ini. Hmm, sayang sekali ia tidak dapat dipinjam untuk dibaca di rumah!

Aku merasakan bahawa tiada impetus yang mungkin ada pada diri anak-anak muda Singapura dewasa ini yang mungkin mengerakkan mereka untuk berkarya untuk masyarakat. Lainlah pada periode Jepun dahulu, berkarya bukan setakat satu luahan kreativiti tetapi ia mampu menjadi suatu proses katarsis jiwa si Penulis dan laungan untuk bangkit bagi si Pembaca! Begitu istimewanya fungsi sesebuah cerpen!

Tajuk-tajuk cherpen cerpen pada zaman itu sudah cukup untuk membangkitkan semangat perjuangan orang-orang Melayu untuk mengharungi segala kesusahan dan kepayahan yang mereka alami. Dan yang lebih menarik lagi, kesemua cerpen-cerpen yang dihasilkan pada zaman ini telah lulus jaring sensor Jepun kerana pengunaan teknik penulisan mereka yang mampu menyampaikan mesej nationalistik yang tersirat.

Tidak sabar rasanya untuk berkunjung ke Perpustakaan Nasional lagi untuk bertemu lagi dengan buku ini. Belum puas aku membacanya!

Advertisements

About this entry