Permulaan Berbenangkan Kematian

Kematian.

Apabila diungkapkan perkataan tersebut,

akan terbayang kehibaan, kehilangan dan kesenyapan.

Kesenyapan mendengung yang membawa kau

ke dunia yang seakan-akan diberhentikan seketika.

Vakum. Vakum yang menyentak.

Masa yang sering kau kejar akan terhenti dan usahlah lagi dikejar.

Si Polan telah meninggal dunia. Percayalah, sudah tiada.

Bak saat yang baru berlalu, sudah tiada. 

(tidak kiralah yang akrab mahupun tidak)

Secara naluri, kau akan diingatkan

Diingatkan kembali tentang mortaliti sendiri. Kau terlupa bukan?

Kematian.

Sesuatu hak lunak yang diberikan kepada semua. 

Masih gemarkah kau lagi dengan hak?

Hak untuk mati tidak bisa dijual beli,

atau ditangguhkan lagi.

Jika sudah masanya, hak itu akan sendirinya

menjemput, secara baik harap-harapnya.

Berakhirkah di situ?

Atau setakat satu permulaan sahaja? Percayakah kau?

– Emelda Jumari –

Advertisements

About this entry